Permainan Meneka Ayat

MOHAMAD, AZIZ (1988) Permainan Meneka Ayat. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
aziz_mohamad.PDF

Download (2083Kb) | Preview

Abstract

Pakej permainan meneka ayat ini dibina denngan menggunakan bahasa pengaturcaraan turbo Pascall versi 4.0. Komputer yang digunakan adalah jenis IBM PC yang mempunyai kad grafik CGA. Idea asas disebalik permainan ini berdasarkan kepada permainan "hangman". Sekurang-kurang nya dua orang pemain diperlukan untuk bermain dalam permainan ini.Pemain dikehendaki meneka huruf-huruf yang membentuk satu ayat tertentu yang dipilih secara rawak oleh program komputer dari stor ayatnya. Huruf-huruf yang membentuk ayat tersebut diwakilkan dengan garisan. Pada mulanya pemain diberi peluang sebanyak tiga kali dalam satu-satu permainan. Apabila semua maklumat yang yang berkenaan dengan permainan itu dipamerkan pada skrin komputer, pemain boleh mula meneka huruf-huruf yang membentuk ayat tersebut satu demi satu. Apabila huruf yang diteka itu betul, maka kesemua huruf tersebut akan dicetak pada kedudukannya, jika ayat tersebut mengandungi lebih dari satu huruf berkenaan. Pemain hanya dapat mengetahui kandungan ayat tersebut, jika ia berjaya meneka kesemua huruf-huruf yang berada dalam ayat. Jika tekaan itu salah, bilangan denda akan bertambah sebanyak satu dan bola yang dipamerkan akan bergerak masuk ke dalam kotak. Denda maksimum ialah lima. Bermakna pemain hanya boleh membuat kesalahan sebanyak lima kali sahaja. Jika pemain gagal meneka ayat, peluang ang diberikan akan berkurang sebanyak satu. Markah bagi tiap-tiap pemain akan diberikan berdasarkan kepada bilangan kesalahan yang dilakukan. Oleh itu setiap pemain pasti akan mendapat markah yang berbeza, walaupun masing-masing berjaya meneka. Pemain boleh meneruskan permainan selagi peluang masih ada. Selain daripada itu, kemudahan untuk suntingan ayat juga disediakan. Pemain boleh menghapus dan menambah ayat-ayat dalam fail jika difikirkan perlu. Pemain juga boleh membuka fail baru sebagai tambahan kepada fail yang sudah ada. Kemudahan ini disediakan supaya pemain boleh menukar dan menyimpan ayat-ayat mengikut selera dan taraf pemikiran masing-masing.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Software Engineering
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:17
Last Modified: 04 Jul 2013 07:17
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/2398

Actions (login required)

View Item View Item