Cai Untuk Matematik Kbsr Tahun Dua

JAFAR, JUNAINAH (1989) Cai Untuk Matematik Kbsr Tahun Dua. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
junainah_jafar.PDF

Download (2262Kb) | Preview

Abstract

Kurikulum Baru SekolahRendah atau KBSR bertujuan untuk perkembangan murid-murid secara menyeluruh yang mana meliputi beberapa aspek, di antaranya ialah rohani, jasmani, intelek, emosi, bakat, sosial serta nilai kahlak. Penekanan yang lebih diberikan kepada kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) yang perlu ada bagi mencapai tujuan KBSR.Tujuan projek ini ialah membina satu pakej yang membolehkan murid-murid menguasai kemahiran-kemahiran asas matematik yang merangkumi bidang nombor termasuk kira-kira, memahami waktu dan anggaran. Disamping itu pakej ini juga cuba untuk memberikan pengalaman dan latihan berfikir serta menyatakan idea dengan menggunakan gambarajah-gambarajah matematik. Diharapkan agar pakej ini dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari matapelajaran matematik dan dapat membantu para guru membimbing murid-murid mereka dalam meningkatkan lagi penguasaan mereka dalam matapelajaran matematik. Semoga pakej ini dapat memain peranan ke arah menyalurkan penggunaan komputer ke sekolah-sekolah, bagi memberikan pendedahan awal kepada para pelajar agar mereka dapat melengkapkan diri untuk berjaya dalam kerjaya masa depan. Pakej ini terkandung dalam tiga cakera liut dan dilaksanakan pada komputer IBM (International Business Machine) dan komputer yabg serasi dengannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Graphics and Multimedia
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:19
Last Modified: 04 Jul 2013 07:19
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/2781

Actions (login required)

View Item View Item