Sistem Capaian Berbilang Terminal

IBRAHIM, SUHAIMI (1990) Sistem Capaian Berbilang Terminal. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
suhaimi_ibrahim(master).PDF

Download (2828Kb) | Preview

Abstract

Sistem capaian berbilang terminal merupakan suatu sistem kaedah capaian bagi sistem berbilang pengguna. Sistem ini dibina bagi membolehkan sistem aplikasi berhubung dengan beberapa buah terminal secara serentak. Sistem capaian berbilang terminal dibangunkan pada kerangka utama, IBM 4341 di Pusat Komputer, UTM dengan menggunakan kemudahan sistem monitor perbualan (CMS). Sistem yang dibangunkan tidak terhad hanya kepada penggunaan terminal jenis segerak iaitu terminal IBM 3270 dan lain-lain terminal yang serasi dengannya tetapijuga dengan terminal jenis tak segerak seperti terminal teletaip, TEKTRONIK dan juga komputer mikro. Bagi penggunaan komputer mikro seperti IBM-PC, APPLE dan MACHINTOSH, beberapa peralatan tambahan yang telah sedia di Pusat Komputer digunakan seperti modem, talian telefon dan aturcara emulasi (TTY). Sistem capaian berbilang terminal dapat mengawal serta menyelaras perhubungan antara sistem aplikasi dengan beberapa buah terminal. Beberapa jenis fungsi capaian disediakan bagi membolehkan sistem aplikasi yang disediakan dalam bahasa peringkat tinggi berhubung dengan terminal seperti menghantar maklumat, menerima maklumat dan sebagainya. Sistem yang dibangunkan boleh dijadikan asas kepada pembangunan sistem berbilang pengguna seperti sistem buletin, mel elektronik dan penghantaran fail.

Item Type: Thesis (Masters)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Systems and Communication
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:21
Last Modified: 04 Jul 2013 07:21
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3052

Actions (login required)

View Item View Item