Kajian Sistem Rangkaian MAYPAC Di Malaysia

LIEW, LE JIN and MASROM, MASLIN (1989) Kajian Sistem Rangkaian MAYPAC Di Malaysia. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
liew_le_jin_nmaslin_masrom.pdf

Download (2183Kb) | Preview

Abstract

MAYPAC merupakan sistem rangkaian data awam suis peket Malaysia yang direkabentuk khas untuk komunikasi data di antara komputer-komputer dan terminal-terminal data di dalam Malaysia dan negara-negara luar. Ia adalah suatu rangkaian komunikasi yang berasaskan kepada teknologi pensuisan peket.Terdapat tiga komponen utama yang membentuk sistem rangkaian MAYPAC iaitu Ibusawat Suis Peket (ISP), Penumpu Peket (PP) dan Pusat Kawalan Rangkaian (PKR). Perkakasan- perkakasan dan perisian-perisian yang digunakan dalam rangkaian itu tadi adalah merupakan hasil keluaran badan atau kesatuan komunikasi General Telephone & Electronic (GTE), Telenet di Amerika Syarikat. Melalui penggunaan MAYPAC, data dapat diterima dan dihantar dengan cepat, tepat, berkesan dan berekonomi. Tujuan kajian ke atas sistem rangkaian MAYPAC ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah perkakasan dan perisian yang terlibat serta melihat sejauh manakah keberkesanan penggunaannya dalam komunikasi data. Melalui hasiI kajian ini, beberapa keperluan asas yang diperlukan bagi membangun dan menggunakan sistem rangkaian MAYPAC dapat dikenali. Di samping itu juga, beberapa konsep dan asas-asas kefahaman berhubung dengan sistem komunikasi data dapat dipertingkatkan dan seterusnya dimanfaatkan.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Systems and Communication
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:22
Last Modified: 04 Jul 2013 07:22
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3155

Actions (login required)

View Item View Item