Sistem Pencen Angkatan Tentera Malaysia

MOHAMMAD, MARSHITAH (1986) Sistem Pencen Angkatan Tentera Malaysia. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
marshitahmohammad.pdf

Download (1019Kb) | Preview

Abstract

Pada masa sekarang, Sistem Pencen Angkatan Tentera Malaysia dilaksanakan secara manual dan memakan masa yang agak lama untuk pemprosesan pencen seseorang pesara tersebut. 0leh itu bagi memperbaiki lagi prestasi pemprosesan pencen ini, dibina satu sistem pencen yang menggunakan komputer agar segala kesukaran atau kelewatan dalam pemprosesan yang dihadapi pada masa sekarang dapat dikurangkan. Sistem yang dibina adalah berdasarkan kepada pengumpulan dan pengawalan data yang berkaitan dengan pemprosesan pencen, aliran kerja dalam pemprosesan pencen dan pemprosesan sebenar pencen daripada data yang terkumpul. Disamping itu sistem yang baru dibina ini hanya terhad daripada pengumpulan data sehingga pembayaran pencen (yang pertama) atau ganjaran dilakukan kepada anggota tentera yang bersara. Ini adalah kerana pembayaran yang berikutnya adalah dilakukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (Pencen). Namun begitu, sistem ini juga ada menyediakan butir-butir yang diperlukan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam tersebut bagi melakukan pembayaran yang seterusnya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Systems and Communication
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:22
Last Modified: 04 Jul 2013 07:22
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3157

Actions (login required)

View Item View Item