Sofwer Pegiraan Beban Haba Sistem Pendingin Hawa

SENAWI, MOHD YUSOFF (1989) Sofwer Pegiraan Beban Haba Sistem Pendingin Hawa. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
mohd_yusoff_binsenawi.pdf

Download (1533Kb) | Preview

Abstract

Objektif projek ialah untuk membangunkan sofwer pengiraan beban haba sistem pendingin hawa menggunakan kaedah Carrier Air Conditioning Co.,U.S.A. Setelah pengiraan beban-beban haba dibuat, pengiraan- pengiraan yang melibatkan proses 'psychometric', iaitu proses penyejukkan dan penyahlembapan (cooling and dehumidification) udara dibuat untuk membolehkan pemilihan sistem pendingin hawa yang optima disegi keupayaan dan prestasi dilakukan. Perisian telah ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PORTRAN 77 untuk dilaksanakan pada komputer peribadi IBM PC. Pembangunan sofwer melibatkan pertukaran jadual-jadual di dalam manual Carrier kepada persamaan-persamaan maternatik untuk pemprosesan berkomputer dibuat. Pengiraan faktor storan dibuat dengan andaian sistem pendingin beroperasi selama 12 jam sehari semalam. Sofwer ini juga boldh digunakan untuk sistem yang beroperasi lebih dari 12 jam, tetapi saiz sistem yang terhasil mungkin lebih besar sedikit. Perisian ini berbentuk interaktif dimana pengguna perlu memasukkan data dan berinteraksi dengan komputer seperti yang diarahkan. Untuk memudahkan proses kemasukkan data, borang input data seperti dalam lampiran A perlulah diisi terlebih dahulu. Pengiraan beban-beban haba dibuat untuk bulan-bulan Januari hingga Disember, dari pukul 8 pagi hingga pukul 4 petang. Pemilihan sistem adalah berdasarkan kepada Jumlah Besar Haba (Grand Total Heat) yang maksima. Proses pengiraan mengambil kira keadaan-keadaan dimana pemanasan semula udara (reheat) perlu dibuat, iaitu apabila garisan faktur haba nyata efektif, ESHF (effective sensible heat factor) tidak bersilang dengan garis tepu pada carta 'psychometric', atau pun suhu titik embun peralatan, T ADP(apparatus dewpoint) yang diperolehi terlalu rendah. Sofwer juga membolehkan pemilihan sistem pendingin hawa dibuat uatuk aplikasi penggunaan semua udara 1uar, dimana udara dari bilik atau ruang tidak digunakan semula oleh sistem pendingin hawa. Sekiranya perlu, pengguna juga boleh mengubahsuai sofwer dengan usaha yang minima.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Software Engineering
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:22
Last Modified: 04 Jul 2013 07:22
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3178

Actions (login required)

View Item View Item