Penjana Aturcara COBOL

MOHAMED@SAM BABA, NORSHAM (1990) Penjana Aturcara COBOL. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
norshambin_mohamed_or_sam_baba.pdf

Download (1446Kb) | Preview

Abstract

Bahasa COBOL kerap digunakan dalam organisasi- organisasi yang melibatkan kerja-kerja memproses data- data dan maklumat yang banyak seperti di institusi pengajian tinggi dan organisasi-organisasi perniagaan, pentadbiran dan pengurusan. Sungguhpun keupayaannya memenuhi keperluan- keperluan tersebut, namun dari segi penulisan dan pengkodannya menimbulkan kerumitan kepada pengguna atau pengaturcara. Setiap penyataan-penyataan penakrifan dan keterangan-keterangan, kemasukan rekod dan fail mesti ditulis mengikut sintaksis Bahasa COBOL. Tumpuan selalunya banyak di peruntukkan untuk membuat percubaan dan anggaran bagi mendapatkan bentuk bentangan keluaran yang diingini. Masa, tenaga dan tumpuan pengaturcara akan lebih diperlukan jika aturcara COBOL tersebut melibatkan penyataan- penyataan penakrifan dan keterangan-keterangan kemasukan rekod dan fail yang banyak. Menyedari hal yang sedemikian, maka projek Penjana Aturcara COBOL ini berusaha untuk mengurangkan masalah tersebut melalui teknik penyediaan borang-borang masukan untuk pengguna mengisi maklumat-maklumat penakrifan tanpa perlu mengambil kira sintaksis penyataan penakrifan tersebut dan satu penyunting melakar bentangan keluaran disediakan bagi membolehkan Pengguna menyatakan terus bentuk bentangan keluaran yang dikehendaki. Adalah diharapkan pendekatan yang diketengahkan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kerumitan yang dihadapi, walaupun tidak mampu untuk seratus peratus menghapuskannya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Systems and Communication
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:24
Last Modified: 04 Jul 2013 07:24
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3337

Actions (login required)

View Item View Item