Sistem Keputusan Pilihan Raya (Dewan Undangan Negeri Sarawak)

ABDULLAH, NORRIZA (1999) Sistem Keputusan Pilihan Raya (Dewan Undangan Negeri Sarawak). Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
norriza_abdullah.PDF

Download (1598Kb) | Preview

Abstract

Kesukaran yang terpaksa dihadapi setiap kali menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri membuatkan saya berminat untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Urusan Pilihanraya bukanlah merupakan satu proses yang mudah kerana ianya melibatkan pelbagai pihak dan merupakan antara perkara penting bagi sesuatu negara. Dengan itu projek ini bertujuan untuk meringan, memudah dan mempercepatkan pihak pengurusan dalam mengendalikan Urusan Pilihanraya Dewan Undangan Sarawak. Lagi cepat sesuatu keputusan pilihanraya itu dapat dikeluarkan semakin baik persepsi yang diberikan. Projek ini juga dibangunkan bagi menolong SPR dalam mengendalikan urusan Pilihanraya Dewan Undangan Sarawak yang akan tamat tempohnya tidak lama lagi. Apabila sesuatu Dewan Undangan Negeri dibubarkan maka akan berlakulah urusan pilihanraya dimana SPR akan mengambilalih tugas mengendalikan urusan Pilihanraya. Pada hari Penamaan calon, calon-calon yang bertanding akan mendaftarkan diri untuk bertanding disesuatu kawasan dan seterusnya pengundian dijalankan pada hari yang telah ditetapkan. Projek ini akan dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Windows 95 atau windows 98 sebagai sistem, menggunakan pengaturcaraan Visual Basic 6.0 dan Microsoft Access sebagai pangkalan data. Apa yang diharapkan dengan terbinanya sistem ini nanti akan dapat menolong pihak SPR dalam mengendalikan Urusan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan lebih berkesan lagi

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Information System
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3464

Actions (login required)

View Item View Item