Sistem Penempahan Hotel

Selvaraj, Saraswathy (2006) Sistem Penempahan Hotel. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
saraswathy_selvaraj.PDF

Download (1203Kb) | Preview

Abstract

Sistem Penempahan Hotel di seluruh Malaysia berasaskan web ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP. la membolehkan pengguna atau pelancong ke Malaysia membuat penempahan bilik hotel secara atas talian tidak kira di mana jua di Malaysia. Di samping itu, sistem ini juga mempunyai enjin pencarian untuk pengguna Membuat pencarian hotel dengan lebih cepat dan mudah, melalui penggunaan kata kunci. Sistem Penempahan Hotel berasaskan web ini membekalkan empat modul untuk memenuhi pelbagai spesifikasi keperluan daripada penggguna atau pelancong, pengguna Berdaftar yang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pengurus hotel dan pengguna atau pelancong dan pentadbir sistem. Kesemua pengguna boleh melayari segala maklumat berkenaan hotel, menggunakan enjin pencarian dan membuat penempahan bilik hotel Secara atas talian. Pengguna atau pelancong yang membuat penempahan bilik hotel menerusi sistem ini, akan secara automatik berdaftar dengan sistem ini. Pengguna berdaftar boleh menyemak status penempahan yang telah dibuat, membuat penukaran kepada tempahan tersebut, ataupun membatalkan tempahan yang telah dibuat. Selain itu, pentadbir sistem pula boleh mengemaskini status penempahan bilik hotel yang telah dibuat oleh pelanggan, menjana statistik dan mengendalikan sistem ini sepenuhnya. Kebaikan utama sistem ini adalah, ramai pengguna boleh menggunakannya dalam masa yang serentak pada bila-bila masa dengan lebih mudah. Perkembangan sistem amat perlu untuk meningkatkan lagi keberkesanan sistem ini di masa akan datang.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Software Engineering
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3493

Actions (login required)

View Item View Item