Sistem Maklumat Penggunaan Peralatan Komputer Dalam Universiti Teknologi Malaysia

Thaman Sigh, Sukhdew Singh (1990) Sistem Maklumat Penggunaan Peralatan Komputer Dalam Universiti Teknologi Malaysia. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
sukhdew_singh.PDF

Download (727Kb) | Preview

Abstract

Sistem Maklumat Feralatan komputer yang dibangunkan Universiti Teknologi Malaysia, adalah satu sistem berkomputer yang akan mengendalikan rekod-rekod dan data-data mengenai penggunaan Feralatan komputer dalam semua bahagian dalam Universiti Teknologi Malaysia. Sistem ini akan dibahagikan kepada dua bahagian yang utama iaitu : a) Bahagian Akademik - yang merangkumi semua fakulti serta bahagian-bahagian yang berkaitan secara langsung dalam aktiviti pengajaran. b) Bahagian Pentadbiran - yang merangkumi semua bahagian dalam Universiti yang menjalankan aktiviti Pentadbiran harian dalam perjalanan Universiti. Pengendalian maklumat dalam sistem ini dilakukan melalui dua cara, iaitu mengedit data dan memproses data. Dalam modul mengedit data, kemudahan menambahkan data, mengemaskinikan data serta menghapuskan data telah disediakan. Melalui kemudahan ini, pengguna boleh menambahkan data yang baru serta menghapuskan data yang tidak diperlukan. Aktiviti ini boleh dilakukan kepada kedua-dua fail data yang telah disediakan mengikut dua bahagian yang telah diterangkan sebentar tadi. Dalam modul memproses data pula, pengguna akan diberikan kemudahan memproses data mengikut cara yang dikehendakinya. Pemerosesan ini boleh dilakukan mengikut jenis peralatan, jenis buatan, mengikut bahagian atau fakulti dan lain-lain cara yang akan disediakan. Dengan adanya sistem maklumat ini, penyimpanan rekod-rekod mengenai pembelian peralatan komputer dalam Universiti akan dapat dikemaskan. Pemberian peruntukkan untuk pembelian peralatan komputer akan dikoordikasikan dengan lebih berkesan supaya semua bahagian akan mempunyai peluang yang sama untuk memiliki peralatan komputer yang diperlukannya. Melalui sistem ini juga, komputer-komputer yang sediada akan dapat dioptimakan penggunaannya supaya pembaziran tidak berlaku.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Software Engineering
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3504

Actions (login required)

View Item View Item