Penjanaan Bentuk Muka Bumi Masa Nyata Yang Tidak Terhad Menggunakan Teknik Fuzzy Landscaping

ALI OMAR, ADLUR RAHMAN (2003) Penjanaan Bentuk Muka Bumi Masa Nyata Yang Tidak Terhad Menggunakan Teknik Fuzzy Landscaping. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
adlur_rahman_ali_omar.PDF

Download (987Kb) | Preview

Abstract

Penjanaan bentuk muka bumi merupakan salah satu aspek yang penting dalam pembangunan sebuah permainan komputer. Bentuk muka bumi tersebut dijana mengikut kesesuaian dan jenis permainan komputer tersebut. Seperti bentuk muka bumi yang sebenar, ia merupakan bentuk muka bumi yang tidak terhad dan permukaannya adalah secara rawak. Masalah utama untuk menjana sebuah bentuk muka bumi seperti yang sebenar adalah data besar yang menyebabkan proses rendering tidak dapat mencapai kepantasan yang diharapkan. Maka dengan itu, banyak teknik dan pendekatan mula diperkenalkan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dalam projek ini, teknik fuzzy landscaping akan digunakan untuk membentuk sebuah bentuk muka bumi yang rawak dan tidak terhad. Teknik ini merupakan teknik asas dalam menjanakan sebuah bentuk muka bumi yang menggunakan nombor rawak. Teknik Smoothing Algorithm akan digunakan sebagai mengemaskan lagi bentuk muka bumi yang dijanakan. Selain itu kaedah pencarian nombor rawak iaitu Predictable Random Number juga digunakan sebagai fungsi untuk menentukan nilai ketinggian bagi setiap titik pada bentuk muka bumi tersebut. Nilai nombor rawak yang dijanakan adalah satu jujukan nombor rawak yang tetap, dan secara tidak langsung bentuk muka bumi yang dijanakan juga dapat mengekalkan bentuknya. Maka dengan itu, sebuah bentuk muka bumi yang tidak terhad, realistik, dan mengekalkan bentuknya dapat dijanakan. Secara khusus, bentuk muka bumi ini amat berguna dalam bidang permainan komputer, seperti permainan simulasi kapal terbang, permainan perang laut dan darat,dan sebagainya.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Computer Graphics and Multimedia
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3547

Actions (login required)

View Item View Item