Sistem Pengekstrakan Objek Atribut, Metod Dan Hubungan Daripada Pernyataan Masalah Dalam Bahasa Inggeris

AB RAHIM, LUKMAN (2005) Sistem Pengekstrakan Objek Atribut, Metod Dan Hubungan Daripada Pernyataan Masalah Dalam Bahasa Inggeris. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
lukman_ab._rahim.PDF

Download (1127Kb) | Preview

Abstract

Sistem pengekstrakan objek, atribut, metod dan hubungan daripada pernyataan masalah bahasa inggeris merupakan satu perisian alat bantu kejuruteraan perisian yang dapat membantu juruanalisa sistem dalam menentukan objek, atribut, metod dan hubungan. Bagi membina sistem seperti ini, pangkalan pengetahuan bagi semua sistem komputer sukar untuk dibuat kerana saiznya terlalu besar. Oleh itu sistem ini hanya dapat mengenalpasti objek, atribut, metod dan hubungan daripada pernyataan masalah. Demi tujuan ini sistem perlu menggunakan kaedah-kaedah dalam bidang pemprosesan bahasa tabii untuk memahami petikan yang dimasukkan pengguna. Matlamat projek ini ialah menghasilkan suatu sistem yang dapat membantu juruanalisa sistem menentukan objek berserta atribut, metod, dan hubungan daripada pernyataan masalah bahasa Inggeris. Metodologi yang digunakan oleh projek ini ialah Rapid Application Development. Hasil akhir projek ini ialah sebuah sistem yang dapat menerima pernyataan masalah pengguna dalam bahasa inggeris dan memaparkan output yang berupa senarai objek serta atribut, metod dan hubungan yang terdapat di dalam pernyataan tersebut. Alat bantu dan perisian yang akan digunakan ialah Rational Rose 2000 Enterprise Edition, Borland JBuilder X Enterprise Edition dan Borland JDataStore

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Software Engineering
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3555

Actions (login required)

View Item View Item