Rekabentuk Simulasi Dan Analisa Rangkaian Kawasan Meluas Bagi Tentera Darat Malaysia

SAFIEE, MOHAMAD FAUZAN (1999) Rekabentuk Simulasi Dan Analisa Rangkaian Kawasan Meluas Bagi Tentera Darat Malaysia. Other thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
PDF
mohamad_fauzan_safiee.PDF

Download (947Kb) | Preview

Abstract

Angkatan Tentera Malaysia(AT) sedang menuju ke arah pemodenan selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. Maka, rangkaian kawasan meluas dari markas ke markas ke markas AT adalah perlu bagi memudahkan pengurusan dan pentadbiran AT yang kebanyakannya melibatkan penghantaran maklumat rahsia yang berkaitan dengan pertahanan negara. Projek ini bertujuan merekabentuk, mensimulasi dan menganalisa bagi mewujudkan rangkaian kawasan meluas bagi Tentera Darat (TD). Di samping itu, projek ini melibatkan kajian teknologi mod penghantaran tak segerak (ATM) dan Frame Relay serta penggunaan perisian Netcracker Professional 2.0 untuk mensimulasi dan menganalisa rangkaian kawasan meluas yang akan direkabentuk nanti. Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah kesesuaian rekabentuk rangkaian yang dicadangkan dengan simulasi yang dibangunkan bagi rangkaian kawasan meluas TD. Ini termasuklah menyediakan rangka kerja bagi membangunkan sistem simulasi iaitu rekabentuk, perlaksanaan dan analisa rangkaian. Hasil yang diperolehi diselaraskan bagi menentukan prestasi rangkaian kawasan meluas dan mencadangkan tindakan proaktif bagi mengatasi sebarang kelemahan yang bakal berlaku. Akhirnya nanti, kita akan memperolehi satu rangkaian kawasan meluas yang sesuai untuk dilaksanakan bagi TD.

Item Type: Thesis (Other)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Faculty of Computer Science and Information System > Industrial Computing and Modelling
Depositing User: Unnamed user with email knizam@utm.my
Date Deposited: 04 Jul 2013 07:25
Last Modified: 04 Jul 2013 07:25
URI: http://ir.fsksm.utm.my/id/eprint/3557

Actions (login required)

View Item View Item